MESTI BACA!!!

Assalamualaikum & salam hormat buat semua pelanggan & pengunjung "Watie Branded Kids Wear"

1. Semua item yg dijual di sini adalah 'ready stock' kecuali dinyatakan.

2. Tempoh booking 2 HARI (48jam). Jika tiada pembayaran di buat dlm tempoh tersebut, item akan di buka untuk org lain yang berminat KECUALI ada perjanjian melalui email/sms..

3. Sila check SPAM BOX anda jika tidak mendapat maklum balas dari kami.Kami cuba utk membalas email anda secepat mungkin.Anda boleh SMS 013-9480001/016-9865002 untuk respon order yang cepat.

'FOR SERIOUS BUYER ONLY!'

Item akan di tambah dari masa ke semasa..sila klik pada older post utk item2 terdahulu..kunjungilah blog kami selalu!!

thank you for all your support & happy shopping


xoxo: Watie
http://fuhhhcomel2.blogspot.com/
email : normawati.ahmad75@gmail.com
hp no. : 013-9480001 / 016-9865002















Masukan Alamat Email Anda :

Name:
Email Address:

This form powered by Freedback

Tuesday, February 1, 2011

Kenapa Ibu Bapa Perlu Menggunakan "Cloth Diapers"

Posted by WATIE at 6:26 PM
Para ibu bapa yang dihormati sekalian,

" Tahukah anda bahawa ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakaibuang?

Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungibahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "

Adakah anda sedar tentang semua itu?

Kini setelah melalui inovasi, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan lampin kain yang perlu dilipat dan menggunakan pin besar untuk memakainya.
Lampin kain kini direka moden, bergaya,selesa dan sangat mudah digunakan untuk anak anda.

Apa keistimewaannya?

Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.


Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.

Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.

Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan?
Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi!


Bukan itu saja, malah saya dapati......

Ia amat menjimatkan wang anda !
    Ramai yang kata satu keping CD ni mahal sangat jika dibandingkan dengan lampin pakai buang.Kalau beli lampin pakai buang dah dapat banyak dengan harga yang sama.Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga mencapai umur 2 tahun malah ada sehingga umur 3 tahun.

    Jom kita buat pengiraan sikit..

    Katakan anak anda guna 7 keping lampin pakai buang (DD) sehari
    Sekeping DD berharga RM0.50 (secara purata)

    RM0.50 x 7pcs = RM3.50 sehari
    RM3.50 x 365 hari = RM1,277.50 setahun
    RM1,277.50 x 3 tahun = RM3,832.50

    Kos tu hanya untuk seorang anak sahaja.Cuba bayangkan kalau anak ramai..:)
    TAPI kalau guna Cloth Diapers, kosnya Cuma:

    RM35 (Babyland CD)
    Kalau beli 10 keping (jumlah minimum penggunaan sehari)
    RM35 x 10 keping sehari = RM350
    Kos sebanyak itu cuma untuk 3 tahun..dan ia boleh diwarisi oleh anak-anak yang lain pula.


    Berapa banyak yang anda boleh jimat?? hampir RM3,482.50..dan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk perkara yang lain pula..



    Rekaan yang sungguh unik dan moden !
    Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.

    Warna -warna yang memikat !
    Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.

    Tak mudah bocor !
    Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.

     

    Watie Branded Kids Wear Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez